Pengenalan

CHALET DERUAN OMBAK ,
Jalan Persisiran Pantai ,Kampung Padang Kemunting,
78300 .MASJID TANAH. MELAKA.
TEL : 06-3847628 ,H/P ; 013-3885715
Pengurus: HJ Minhat Bin Budin



Deruan Ombak Chalet adalah sebuah tempat penginapan di Pengkalan Balak, Melaka yang beralamat di: Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Chalet ini adalah antara chalet di Pengkalan Balak yang menarik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.

Kedudukan Chalet ini yang begitu dekat dengan pantai pastinya membuatkan anda berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.


Deruan Ombak Chalet juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti kafe untuk memasak, pusat karaoke, padang bola tampar, padang bola sepak serta tempat BBQ.


Anda juga mungkin berpeluang melihat sendiri penyu karah yang banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Serta menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Kami juga menjanjikan kemudahan di dalam bilik penginapan yang selesa sesuai dengan keperluan setiap pelanggan kami yang inginkan percutian yang selesa dan tenang. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami.

Penginapan Rumah Batu



RUMAH BATU (1 UNIT)
*KADAR HARGA: RM 240.00

KEMUDAHAN DI RUMAH BATU

  • 2 Bilik Tidur
  • 2 Bilik Air
  • Setiap Bilik Mempunyai 2 Katil 'Queen' dan Meja Tulis
  • 1 Ruang Tamu/Ruang TV
  • 1 Ruang Beranda yang Luas
  • Maksimum 8 Orang Dewasa / 2 Keluarga Satu Unit
  • keluasan 17 X 16 kaki

Penginapan Rumah Kayu




1. RUMAH KAYU (1 UNIT)

*KADAR HARGA: RM 220.00

KEMUDAHAN DI RUMAH KAYU:

  • 2 Bilik Tidur
  • 2 Bilik Air
  • Setiap Bilik : 1 katil 'Queen' dan 1 katil 'Single' dan Meja Tulis
  • 1 Ruang Tamu/Ruang TV
  • 1 Ruang Beranda yang Luas
  • Maksimum 8 Orang Dewasa / 2 Keluarga Satu Unit
  • Keluasan Bilik 14 Kaki X 14 Kaki

Penginapan Jenis Bilik




*KADAR HARGA: RM 90.00

KEMUDAHAN PENGINAPAN JENIS BILIK

  • 1 Katil Double
  • 1 Bilik Air Dalam Bilik
  • Penghawa Dingin
  • Televisyen

Hubungi Kami untuk Tempahan.


Berhubung Terus Dengan Pengurus Chalet:

Minhat Budin @ Bahudin
Tel : 013-3885715
: 06-3847628
Emel : mbb000@yahoo.com
Web : http://chaletderuan-ombak.blogspot.com/
Alamat:
Chalet Deruan Ombak
Pantai Padang Kemunting,
Pengkalan Balak 78300,
Masjid Tanah, Melaka.

Peta ke Chalet Deruan Ombak

Galeri




 
Chalet Deruan Ombak © 2011 |